Meghan dedah rahsia gaun kahwin - Berita Dunia | mStar

Meghan dedah rahsia gaun kahwin

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2018 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

DUCHESS of Sussex, Meghan Markle mendedahkan sesuatu yang istimewa mengenai gaun yang digayakan semasa majlis perkahwinannya dengan Putera Harry, Mei lalu.

Menurut Meghan, satu cebisan kain berwarna biru dari pakaian yang digunakannya semasa janji temu pertama dengan Putera Harry ditampal pada gaun perkahwinannya itu.

Perkara itu didedahkan Meghan dalam satu temu bual untuk program dokumentari terbaharu, Queen Of The World.

"Sungguh mengagumkan bukan?. Di suatu tempat di sini, terdapat cebisan (kain)... adakah anda melihatnya?

"Secebis kain biru yang dijahit di dalamnya. Ia dari kain pakaian yang saya pakai semasa janji temu pertama kami," kata Meghan.

Dalam pada itu, Meghan turut meluahkan rasa kagum dengan viel sepanjang 15 kaki dihiasi bunga bersulam mewakili 53 negara Komanwel yang dipakai sempena hari bahagianya itu.

Jelas Meghan, ia adalah ideanya untuk menggabungkan simbolisme dalam reka bentuk yang mencerminkan gaun upacara kemahkotaan Ratu Elizabeth pada 1953.

Katanya, sulaman tersebut juga satu kejutan kepada Putera Harry pada hari bersejarah mereka.

Meghan bertemu Putera Harry dalam satu janji temu di Rumah Soho di London pada Jun 2016 yang diatur rakan mereka, Violet von Westenholz.

Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , gaun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan