Lelaki menyamar wanita, rakam video seks dengan 150 lelaki - Berita Dunia | mStar

Lelaki menyamar wanita, rakam video seks dengan 150 lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 9:23 AM

Bryan Deneumostier mengaku bersalah menyamar sebagai seorang suri rumah dan membuat rakaman video seks bersama 150 lelaki dan memuat naiknya ke laman web lucah. Foto Polis Miami-Dade

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang menyamar sebagai seorang wanita mengaku bersalah kerana membuat rakaman hubungan seks bersama 150 lelaki dan memuat naik video tersebut di laman web lucah.

Bryan Deneumostier, 32 dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.

Sekurang-kurangnya 80 daripada 150 lelaki yang melakukan hubungan seks bersama Deneumostier tidak mengetahui aksi mereka dirakam.

The Miami Herald melaporkan Deneumostier ditahan pada Julai lalu selepas memuat rakaman aksi seks untuk laman web lucah.

Deneumostier menyamar sebagai seorang wanita. Foto Susanlon33326

Kesemua lelaki di dalam video itu menunjukkan mata mereka ditutup dengan kain atau memakai gogal yang ditutup pelekat hitam.

Pasukan penyiasat percaya Deneumostier menyamar sebagai wanita dan mengaku seorang suri rumah untuk memperdayakan mangsa.

Deneumostier kini berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun. - Mirror Online UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan