Gurau acu hos tekanan udara pada punggung, pekerja maut 'organ dalaman rosak' - Berita Dunia | mStar

Gurau acu hos tekanan udara pada punggung, pekerja maut 'organ dalaman rosak'

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 2:48 PM

Rakaman CCTV menunjukkan seorang penyelia melakukan gurauan menggunakan hos tekanan udara pada punggung mangsa. Foto News Crunch/SWNS.com

(Ubah saiz teks)

SEORANG pekerja kilang cedera parah selepas penyelia melakukan gurauan pada punggungnya sebelum mangsa rebah ke lantai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Aditya Jadhav dilihat ketawa semasa mendekati penyelianya.

Insiden berlaku di sebuah kilang di Kolhapur di Maharashtra, India pada 3 September lalu.

Penyelianya dapat dilihat membuat gurauan menggunakan hos tekanan udara pada bahagian rambut dan belakang badan rakan setugasnya.

Bagaimanapun berlaku tekanan udara yang tinggi semasa penyelianya mengacukan hos tersebut ke bawah, menghala seluar Aditya.

Dia serta-merta rebah ke lantai mengalami kesakitan.

Mangsa meninggal dunia 15 hari kemudian pada 18 September lalu.

Sumber tempatan memberitahu penyelia tersebut meletakkan hos yang mengeluarkan angin mengenai punggungnya, dan organ dalaman Aditya 'rosak teruk'.

Sumber tempatan berkata: "Polis Shahpuri memfailkan kes tersebut dan sedang menjejaki penyelia berkenaan yang hilang sejak hari insiden berlaku." - Mirror Online UK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan