Berang harga mahal, wanita tumpahkan kopi ais di kaunter 7-Eleven - Berita Dunia | mStar

Berang harga mahal, wanita tumpahkan kopi ais di kaunter 7-Eleven

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita bertindak menumpahkan kopi ais di kaunter pembayaran 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati dengan harga minuman tersebut.

Wanita itu dikatakan terkejut dengan harga yang dinyatakan oleh petugas kaunter sebelum bertukar marah dan bertindak sedemikian.

Selepas melakukan perbuatan itu, dia dengan selamba meninggalkan premis berkenaan tanpa melakukan sebarang pembayaran.

Perbuatan wanita itu turut merosakkan rokok yang diletakkan di kaunter dan kerugian dianggarkan berjumlah AS$200 (RM826), ujar penyiasat.

Dia kini sedang diburu oleh pasukan polis di atas perbuatan itu.

Kejadian dikatakan berlaku di outlet 7-Eleven di Mastic, Long Island.

Menerusi video yang disiarkan di Fox News, kelihatan berlaku pertelingkahan antara wanita itu dengan juruwang berhubung harga minuman tersebut.

Kini, pihak berkuasa turut menawarkan ganjaran berjumlah AS45,000 (RM20,655) kepada sesiapa yang boleh menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya wanita itu.

Dalam pada itu, jurucakap 7-Eleven memilih untuk tidak memberikan sebarang komen sebaik diminta mengulas mengenai insiden itu. - Fox News.

Tags / Kata Kunci: 7-Eleven , New York
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan