Duda jadi pencuri gaun pengantin bersiri, alasannya nak merasa kahwin sekali lagi! - Berita Dunia | mStar

Duda jadi pencuri gaun pengantin bersiri, alasannya nak merasa kahwin sekali lagi!

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 10:01 AM

Paparan skrin video rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh polis Pudong.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki berusia 50 tahun ditahan polis Shanghai kerana didakwa mencuri lebih dari 70 gaun pengantin dari pelbagai penjual tempatan sejak tahun lepas.

Ditanya mengapa dia melakukan perkara itu, lelaki yang sudah bercerai itu berkata dia hanya mahu merasa seperti berkahwin sekali lagi.

Polis Shanghai telah menerima laporan daripada seorang pemborong pakaian perkahwinan di Pudong New Area pada 21 Ogos lalu.

Pemborong itu, yang dikenali dengan nama keluarga Wang, mendakwa berpuluh-puluh pakaian pengantinnya hilang dari rumahnya sejak awal tahun ini.

Dia menambah bahawa hilang sehelai atau dua helai pakaian setiap bulan bukan perkara biasa, tetapi dia hanya memutuskan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas lapan helai gaun dari koleksi terbarunya hilang.

Wang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sering menggantung beberapa gaun pengantin di laman rumahnya dan di situlah ia hilang.

Selepas memeriksa rakaman kamera keselamatan, polis melihat seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah Wang dan menggunakan tongkat panjang untuk 'mengait' gaun-gaun pengantin.

Selepas mengenal pasti lelaki itu, mereka menjejakinya di sebuah kampung di Tangzhen, di mana mereka menemui 73 helai gaun perkahwinan yang menarik bernilai 60,000 yuan (RM36,200).

Ditanya mengapa dia mencuri gaun-gaun pengantin itu lelaki terbabit mengakui bahawa dia hanya ingin merasa seperti mahu berkahwin lagi dan tidak berniat menjualnya untuk keuntungan.

Selepas memeriksa rumahnya, polis menemui lapan gaun pengantin milik Wang yang dilaporkan hilang, serta gaun lain yang telah hilang tahun ini.

Lelaki berkenaan telah ditahan dan mungkin akan didakwa kerana mencuri. Polis memberitahu media tempatan bahawa lelaki itu tidak mempunyai sejarah penyakit mental. -Shine

Tags / Kata Kunci: gaun pengantin , curi , duda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan