Bawa teman lelaki masuk rumah, bapa paksa anak jalani ujian dara - Berita Dunia | mStar

Bawa teman lelaki masuk rumah, bapa paksa anak jalani ujian dara

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 8:54 AM

Sophia yang dipaksa menjalani ujian dara turut hadir ke mahkamah. FOTO: TonyKershaw

(Ubah saiz teks)

SEORANG bapa didakwa memaksa anak gadisnya yang berusia 18 tahun supaya menjalani ujian dara setelah dia didapati membawa masuk teman lelakinya ke kediaman mereka.

Ali Safaraei, 56, berkata, dia dan isterinya Mitra Eidiani, 42, berasa kecewa apabila mengetahui anaknya sudah mempunyai teman lelaki.

Selain memaksa anaknya menjalani ujian dara, Safaraei turut didakwa melakukan ugutan bunuh ke atas teman lelaki anaknya yang juga berusia 18 tahun.

Bercakap di Mahkamah Tinggi Kingston Crown, Safaraei berkata dia menyekat kad bank dan telefon bimbit anaknya supaya dia tidak lari dari rumah.

"Sudah beberapa kali perkara ini terjadi, ia membimbangkan saya. Dia sentiasa dengan telefon bimbit, asyik ketawa dan tak fokus pada pelajaran.

"Kamu tak baca ke dalam surat khabar, macam-macam berlaku setiap hari. Gadis muda lari ikut lelaki, tetapi digunakan untuk dadah," ujar lelaki itu,

Tambahnya lagi, anaknya yang dikenali sebagai Sophia turut melarikan diri sewaktu dia merancang untuk melakukan ujian dara sekitar Mei lalu.

Sewaktu perbicaraan, Safaraei bagaimanapun menafikan memaksa anaknya menjalani ujian itu.

Jelasnya, dia hanya mahu membuat pemeriksaan jika anaknya pernah dirogol atau sebaliknya dan ia bukanlah ujian dara.

Anak gadisnya, Sophia turut hadir ke mahkamah. Namun, perbicaraan bakal disambung semula bagi mencari penyelesaian kes itu tidak lama lagi.- Mirror.UK

Tags / Kata Kunci: ujian dara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan