Jiran lapor polis tak tahan lelaki suka potong rumput sambil bogel - Berita Dunia | mStar

Jiran lapor polis tak tahan lelaki suka potong rumput sambil bogel

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA individu membuat laporan polis ke atas seorang lelaki yang didakwa suka memotong rumput di sambil berbogel di halaman rumahnya di Stuart, Florida.

Salah seorang daripada jiran lelaki itu, Charlie Estes berkata, dia bimbang sekiranya perlakuan lelaki itu disaksikan oleh kanak-kanak di sekitar kejiranan mereka.

"Dia menolak mesen pemotong rumput sambil bogel, ramai yang sudah lapor hal ini pada polis.

"Hormatlah sikit, ramai kanak-kanak selalu tunggu bas di kawasan itu," ujarnya.

Perbuatan berbogel di kawasan terbuka adalah satu kesalahan di negeri itu.

Namun, pihak berkuasa tidak berupaya mengambil sebarang tindakan kerana lelaki itu hanya berbogel di halaman rumahnya.

Ketua Polis Martin County, William Snyder berkata, lelaki itu melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam kawasan hartanah persendirian.

Jadi, ia menyukarkan mereka untuk membuat pendakwaan.

Namun, pihak mereka juga berhasrat untuk menemui lelaki itu dan memberi peringatan kepadanya sebelum mengambil tindakan yang lebih serius jika dia mengulanginya lagi kelak.

"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan kes ini.

"Pihak polis sendang bekerjasama dengan badan perundangan dan pejabat peguam untuk membuat penentuan.

"Kami mungkin boleh dakwa biarpun dia berada dalam kawasan milik persendirian sebab perbuatannya boleh dilihat orang awam," ujarnya lagi. - TheFox.

Tags / Kata Kunci: Bogel , Stuart , Florida
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan