Dua lelaki ditahan mabuk, bogel selepas kemalangan - Berita Dunia | mStar

Dua lelaki ditahan mabuk, bogel selepas kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2018 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

DUA warga China yang berada dalam keadaan mabuk dan bogel ditahan pihak polis selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) yang dipandunya mengalami kemalangan.

Kemalangan tersebut melibatkan enam buah kenderaan dan lapan orang cedera.

Ia termasuk seorang ahli perniagaan Rajib Aggarwal,  isteri serta anaknya yang cedera selepas kenderaan kereta dilanggar ketika keadaan trafik yang sibuk.

Guoqing Xia dan  Wenxin Zu berada di India atas urusan perniagaan didapati mabuk selepas berparti.

Ketika ditanya mengapa mereka berbogel, salah seorang lelaki itu memberi tahu bahawa mereka tidak biasa meminum arak India.

Sebelum ditahan kedua-dua mereka diberi pakaian terlebih dahulu-NDTV


Tags / Kata Kunci: Bogel , mabuk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan