Pelajar warga emas salah parkir kereta dalam kolam renang - Berita Dunia | mStar

Pelajar warga emas salah parkir kereta dalam kolam renang

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 11:35 AM

Kereta itu separuh tenggelam setelah pemandu gagal dalam sesi latihan pemanduan baru-baru ini. FOTO: Montgomery County Fire & Rescue Service

(Ubah saiz teks)

PERCUBAAN sepasang warga emas untuk memarkir kereta berakhir dengan insiden lucu apabila ia ditemui berada di dalam sebuah kolam renang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Maryland's Montgomery County berkata, kereta itu yang digunakan untuk sesi latihan pemanduan ditemui dalam sebuah kolam di tengah bandar.

Kejadian lucu itu dikatakan berlaku akibat kesilapan sewaktu pemandu cuba memarkir kereta berkenaan.

Foto kejadian yang dikongsi di Twitter menunjukkan kereta itu separuh tenggelam di dalam kolam di Pusat Komuniti Greek Utara yang kini ditutup seketika.

Pete Piringer, jurucakap pusat itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan dua individu yang berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an itu berjaya keluar dari kenderaan tanpa bantuan sesiapa.

Pihak polis Gaithersburg juga sedang menyiasat insiden itu. - FoxNews.

Tags / Kata Kunci: kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan