BBC enggan siar majlis kahwin sepupu Putera Harry, takut 'rating' jatuh - Berita Dunia | mStar

BBC enggan siar majlis kahwin sepupu Putera Harry, takut 'rating' jatuh

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2018 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

BOS BBC dilaporkan beberapa kali enggan menyiarkan majlis perkahwinan sepupu Putera Harry iaitu Puteri Eugenie biarpun diminta oleh bapa puteri itu, Putera Andrew agar ia disiarkan secara langsung di seluruh United Kingdom.

Cucu Ratu England tersebut akan mengahwini James Brooksbank di St George’s Chapel, Istana Windsor pada pukul 11 pagi, 12 Oktober ini.

Putera Andrew cuba mendapatkan perjanjian daripada penyiar televisyen kerajaan itu, tetapi dimaklumkan bahawa ia tidak mungkin berlaku kerana enggan kadar kepopularan (rating) saluran tersebut jatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Eugenie mahu ‘lawan’ majlis kahwin Putera Harry, Meghan

Seorang sumber memberitahu Mail pada Ahad: "Daripada luaran, titah daripada kerabat diraja ingin perkahwina Puteri Eugene itu disiarkan.

Putera Harry mengahwini Meghan pada Mei lalu.

"BBC telah didekati kerana mereka mempunyai hubungan istimewa dengan Istana Buckingham dan formula yang berkesan.

"Tapi, mereka tolak kerana mereka berasa tidak ramai orang yang akan menonton dan tidak mendapat sokongan yang mencukupi untuk The Yorks.

"Majlis ini akan menjadi acara perkahwinan diraja yang gah dengan kehadiran semua ahli senior kerabat diraja.

"Tapi, tiada siapa yang mahu ambil risiko dan menanggung kos untuk menyiarkannya."

Dipercayai, Sky hanya akan menyiarkan beberapa klip daripada majlis perkahwinan itu.

Hari bahagia Puteri Eugenie dijangkakan lebih besar daripada majlis Putera Harry dan Meghan Markle kerana menjemput seramai 850 tetamu.

Putera Harry hanya menjemput seramai 600 tetamu pada majlis perkahwinannya. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Puteri Eugenie , Putera Harry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan