Kematian meningkat angkara 'demam misteri' - Berita Dunia | mStar

Kematian meningkat angkara 'demam misteri'

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2018 8:07 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Jumlah korban akibat demam misteri di Uttar Pradesh, utara India meningkat kepada 42 orang, lapor agensi berita Xinhua.

"Enam kematian dilaporkan dalam tempoh dua minggu. Semua kematian dilaporkan di daerah Bareilly dan Badaun," kata seorang pegawai kanan kesihatan.

Kerajaan negeri mewujudkan pasukan perubatan peringkat tertinggi dan pusat untuk meneliti kes tersebut.

Menteri Kesihatan Negeri, Sidharth Nath Singh baru-baru ini berkata, kerajaan mengarahkan audit mengenai kematian akibat demam misteri itu dilakukan.

"Tindakan pencegahan dan pemulihan telah dimulakan," kata pengarah kesihatan negeri Mithilesh Chaturvedi kepada media pada Selasa lalu.

Tags / Kata Kunci: demam misteri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan