12 lelaki sengaja naikkan berat badan demi elak jadi tentera - Berita Dunia | mStar

12 lelaki sengaja naikkan berat badan demi elak jadi tentera

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2018 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

SERAMAI dua belas pelajar lepasan kolej di Seoul cuba melepaskan diri daripada menyertai khidmat ketenteraan mandatori dengan menambah berat badan mereka secara sengaja.

Menurut kenyataan Pentadbiran Tenaga Manusia Ketenteraan, mereka berbuat begitu dengan niat mahu gagal dalam ujian fizikal.

Pihak berkuasa berkata, 12 pelajar itu makan makanan berkalori tingggi seperti pizza dan burger sebanyak lima kali sehari.

Seorang daripada mereka naik berat badan sebanyak 30 kilogram dalam tempoh enam bulan.

Menurut Akta Khidmat Tentera, semua lelaki perlu berkhidmat selama dua tahun sebagai tentera sebelum berumur 28 tahun.

Sebelum didaftarkan, mereka harus menjalani pemeriksaan fizikal bagi memastikan mereka lulus untuk melakukan tugasan yang aktif.

Mereka yang mendapat skor kurang daripada empat pada skala tujuh mata dikategorikan sebagai tidak cergas untuk melakukan tugasan yang aktif.

Berikutan kes tersebut, mereka mungkin dikecualikan atau ditugaskan untuk bekerja dalam komuniti menerusi program khidmat alternatif.

Dua daripada 12 pelajar itu sudah menamatkan program khidmat alternatif dan empat masih bekerja di pusat komuniti, manakala enam lagi belum diputuskan. - The Star/The Korea Herald/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: khidmat tentera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan