Makanan tak masak, lelaki ini alami epilepsi angkara cacing 'berenang-renang' di otak - Berita Dunia | mStar

Makanan tak masak, lelaki ini alami epilepsi angkara cacing 'berenang-renang' di otak

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUNCA seorang lelaki mengalami epilepsi akhirnya terjawab apabila doktor menemaui seekor cacing berukuran 10 sentimeter sedang 'berenang-renang' dalam otaknya.

Menurut doktor, lelaki itu mengalami epilepsi secara mendadak dan telah mengeluarkan cacing daripada otak lelaki berusia 26 tahun itu.

Jelas doktor, parasit itu berada di bahagian otak kerana lelaki tersebut suka mengambil makanan yang tidak dimasak atau telah dicemari.

Dr Wang Chunliang yang menjalankan prosedur itu sebuah hospital di China menyedari terdapat sesuatu yang pelik ketika memeriksa lelaki yang hanya dikenali Liu.


"Cacing itu masih hidup apabila dikeluarkan. Ia lembut, berwarna putih dan boleh berenang," ujarnya.

Liu yang menggemari makanan salai sebelum ini kelihatan sihat namun beberapa kali mengalami sawan.

Menurut pakar Pusat Neuromedical Shanghai, Guo Hui memberitahu South China Morning kes seperti ini berlaku apabila seseorang itu selalu mengambil makanan yang tidak masak atau daging separuh masak dan juga makanan laut.

Cacing atau telur yang tidak mati boleh bergerak melalui saluran darah, tiba ke otak atau bahagian organ lain.

Tags / Kata Kunci: Cacing , otak , sawan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan