Profesor meninggal dunia semasa bersiaran langsung, bercakap mengenai mati dalam perjalanan ke studio - Berita Dunia | mStar

Profesor meninggal dunia semasa bersiaran langsung, bercakap mengenai mati dalam perjalanan ke studio

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 9:13 PM

Professor Jitendra rebah semasa bersiaran langsung ketika berbicara mengenai kehidupan dan kerjayanya. Foto lokmatnews.in

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN seorang profesor terkenal dalam sebuah program televisyen menggemparkan apabila beliau meninggal dunia semasa bersiaran langsung.

Profesor Rita Jitendra sesak nafas sebelum meninggal dunia semasa bercakap dalam program 'Good Morning J&K'.

Ketika kejadian, profesor terkenal itu sedang berbicara mengenai kehidupannya dan kerjayanya.

Dia yang juga penulis itu kemudian secara tiba-tiba berhenti bercakap dan rebah.

Pengacara program tersebut, Zahid Mukhtar berkata: "Beliau memberitahu kami mengenai beberapa perkara menarik mengenai kehidupannya dan kelihatan normal ketika itu.

"Tapi secara tiba-tiba beliau berhenti bercakap dan rebah. Kami terpaksa menghentikan program (dan menukarkannya) kepada sebuah dokumentari. Beliau dibawa ke hospital.

Bercakap kepada Indian Telegraph: "Beliau mempunyai hubungan begitu baik dengan televisyen dan ayat-ayat terakhirnya yang memulakan segala-galanya."

Tuan rumah di Srinagar, Hafiza Muzaffar berkata, dia membawa Jitendra ke studio untuk sesi wawancara dan dalam perjalanan profesor tersebut memberitahu mahu kematiannya seperti bekas Presiden India, A.P.J. Abdul Kalam.

"Beliau beritahu Dr Kalam meninggal semasa bekerja. Begitu jugalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya... di studio."

Jitendra disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital SMHS di Jammu, India. 

Dr Saleem Tak berkata, Jitendra meninggal dunia akibat serangan jantung. - Mail Online UK


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan