Semburan racun serangga didakwa punca kematian pasangan warga emas di hotel lima bintang - Berita Dunia | mStar

Semburan racun serangga didakwa punca kematian pasangan warga emas di hotel lima bintang

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

SEPASANG suami isteri warga emas yang meninggal dunia dalam hotel lima bintang pada bulan lalu dikatakan diracun tanpa sengaja apabila ubat kawalan serangga disembur berhampiran bilik penginapan mereka.

John Cooper, 69, dan isterinya, Susan, 64, meninggal dunia setelah mengalami sakit secara tiba-tiba di Hotel Thomas Cook di resort Hurghada, Laut Merah.

Menurut The Times, pada hari sebelum pasangan itu meninggal dunia, Perkhidmatan Pertanian dan Kejuruteraan Namaa membuat semburan racun di lokasi itu,

Biarpun pintu bilik dilekatkan dengan pita pelekat, racun berkenaan dikhuatiri meresap melalui ruang siling bilik mereka.

Anak perempuan mereka, Kelly Ormerod berkata, bukti kematian ibu bapanya mungkin sudah lenyap setelah pekerja melakukan kerja pembersihan seleps kematian pasangan itu.

Pasangan tersebut mati di hotel ini yang bertaraf lima bintang.

Namun, satu siasatan telah dilancarkan bagi menyiasat kematian tersebut.

Malah, ia juga menimbulkan keraguan kerana insiden itu berlaku di pusat peranginan mewah bertaraf lima bintang.

Pihak berkuasa Mesir pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa mayat kedua-dua mangsa akan dikembalikan untuk dibawa pulang ke United Kingdom.

Namun, keputusan bedah siasat masih lagi tidak dikeluarkan biarpun tragedi itu sudah hampir tiga minggu berlaku.

Sementara itu, anaknya dalam satu temu bual bersama BBC mengimbas kembali detik kejadian malang itu.

"Pada pukul 11 pagi, saya ketuk pintu bilik mereka, saya nampak mereka berbaring di atas katil dan ayah saya nampak sangat sakit.

"Mak saya juga ada bersebelahannya, saya boleh rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia kecewa kerana laporan bedah siasat masih lagi belum dikeluarkan.

Malah, dia percaya keputusan itu nanti tidak akan berpihak kepada keluarganya seperti apa yang dia percaya telah berlaku ke atas pasangan itu.

Setakat ini, pihak berkuasa Mesir menyatakan pasangan itu mati kerana faktor semulajadi sahaja.

Namun, ia menimbulkan persoalan kerana kedua-duanya mati pada hari yang sama ditambah pula dengan semburan racun serangga berhampiran bilik mereka sehari sebelum itu. - DailyMail

Tags / Kata Kunci: Hotel , warga emas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan