Hidung berdarah tanpa henti 10 hari, akhirnya terbongkar lintah 'membesar' tiga bulan - Berita Dunia | mStar

Hidung berdarah tanpa henti 10 hari, akhirnya terbongkar lintah 'membesar' tiga bulan

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 7:33 PM

Foto paparan skrin video sumber Mail Online

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki warga China terpaksa berdepan dengan seekor lintah sepanjang satu inci yang membesar dalam hidungnya.

Dilaporkan, haiwan itu berada di dalam hidungnya selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Lelaki yang dikenali sebagai Pan pergi ke Hospital Dongguan Chang’an di wilayah Guangdong di China, selepas hidupnya mengalaman pendarahan selama 10 hari.

Pakar hidung, telinga dan tekak di hospital itu, Liu Yuxing segera mengesyaki keadaan itu disebabkan seekor lintah.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku pada pesakitnya.

Bagaimanapun, beliau pernah membaca kes yang seumpamanya dilaporkan dalam jurnal perubatan.

Ditanya mengenai sebarang insiden yang membolehkan lintah tersebut memasuki hidungnya, Pan memberitahu doktor bahawa perkara yang boleh diingatinya adalah berenang di sebatang sungai dekat kampungnya kira-kira tiga bulan lalu.

Doktor percaya larva lintah berkenaan memasuki hidungnya, dan akhirnya menetas sebelum membesar sehingga sepanjang satu inci. - odditycentral



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan