Domino's menyesal cabar pelanggan, tak sangka ramai buat tatu demi piza percuma - Berita Dunia | mStar

Domino's menyesal cabar pelanggan, tak sangka ramai buat tatu demi piza percuma

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2018 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

RESTORAN makanan segera popular Domino's Pizza terpaksa menarik balik promosi 'gila-gila' yang dijanjikan selepas menerima maklum balas luar biasa daripada pelanggan mereka.

Cawangan Domino's di Rusia baru-baru ini berjanji untuk memberi 100 piza percuma setiap tahun kepada mana-mana individu yang membuat tatu logo syarikat itu.

Cabaran itu ternyata bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ramai yang mengambil keputusan untuk membuat tatu berkenaan sehingga syarikat Domino's terpaksa membuat peraturan baharu.

Ujar pihak Domino, tawaran itu hanya dihadkan kepada 350 individu terawal sahaja yang membuat tatu berkenaan.

Awal minggu ini, Domino's Pizza membuat kenyaan rasmi berhubung tawaran tersebut. 

"Kawan-kawan, kita telah mempunyai 350 peserta.

"Kami tidak akan menerima peserta lagi selepas ini walaupun mereka sudah membuat tatu," tulis Domino's Pizza Rusia di laman Facebook mereka.

Malah, pihak mereka turut mencadangkan sesiapa yang berhasrat untuk membuat tatu logo itu supaya membatalkan hasrat mereka.

Kempen tersebut dijadualkan berlangsung selama dua bulan bermula 31 Ogos sehingga 31 Oktober depan namun terpaksa dihentikan lebih awal dari tarikh sebenar.

Sebilangan daripada 350 individu tersebut juga mula membuat penebusan mereka selepas dimaklumkan terpilih.- Metro.UK

Tags / Kata Kunci: Domino's Pizza , Tatu , Rusia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan