Pernah 'kantoi' separuh bogel di istana, bekas kekasih Puteri Diana meninggal dunia - Berita Dunia | mStar

Pernah 'kantoi' separuh bogel di istana, bekas kekasih Puteri Diana meninggal dunia

Diterbitkan: Selasa, 11 September 2018 1:41 PM

Puteri Diana dan suaminya, Putera Charles dirakam sedang berbual bersama Oliver Hoare di satu perlawanan polo pada 1986. FOTO: DailyMail

(Ubah saiz teks)

PENJUAL karya seni yang pernah digosipkan bercinta dengan Puteri Diana suatu ketika dahulu meninggal dunia di Perancis pada usia 73 tahun.

Pada zaman mudanya, Oliver Hoare disifatkan sebagai lelaki paling kacak yang pernah dikaitkan dengan puteri kesayangan ramai itu sekaligus mengetepikan kekasih Diana yang lain seperti Dodi Fayed, James Hewitt dan James Gilbey.

Kisah cinta mereka berputik sekitar tahun 90-an, namun ia tidak pernah diakui kebenarannya kepada umum sehingga hari ini.

Oliver dikatakan lelaki paling kacak yang pernah dikaitkan bercinta dengan Diana.

Suatu ketika dahulu, Diana didakwa pernah menyeludup Hoare masuk ke Istana Kensington dengan menyembunyikan lelaki itu di dalam but keretanya.

Lebih teruk, Hoare juga pernah ditemui bersembunyi dalam keadaan separuh bogel di sebalik sebatang pokok oleh pegawai istana.

Dia dikatakan cuba keluar dari kawasan itu setelah penggera kebakaran berbunyi secara tiba-tiba.

Bekas isteri kepada seorang diplomat turut berkongsi cerita yang Diana pernah memberitahunya bahawa dia mengimpikan untuk tinggal di Itali bersama Hoare.

Biarpun mempunyai hubungan sulit dengan Diana, Hoare sebenarnya sudah berkahwin dengan pewaris kepada perniagaan minyak Perancis, Diane de Waldner.

Malah, hubungan Diana dan Hoare juga tidak kesampaian kerana menerima tentangan bapa lelaki itu.

Kisah cinta mereka mendapat tentangan bapa Hoare kerana dia sudah mempunyai isteri.

Gara-gara cinta yang tidak kesampaian, Diana dikatakan menghujani Hoare dengan panggilan telefon pada 1994.

Menurut isteri Hoare, suaminya terpaksa membuat laporan polis kerana menerima kira-kira 300 panggilan yang dibuat menggunakan talian peribadi Diana di Istana Kensington.

Ternyata, kisah itu bukanlah satu rekaan kerana Diana sendiri mengakuinya menerusi satu temu bual pada 1995.

Namun, Diana menafikan tuduhan bahawa dia bertindak hilang akal sehingga menghujani kediaman lelaki itu dengan ratusan panggilan telefon.

Selain Hoare, Diana yang berkahwin dengan Putera Charles juga pernah dikaitkan bercinta dengan pemain ragbi England, Will Carling.- DailyMail.

Tags / Kata Kunci: Puteri Diana , Oliver Hoare
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan