Makam berusia 4,000 tahun dibuka kepada orang awam buat pertama kali - Berita Dunia | mStar

Makam berusia 4,000 tahun dibuka kepada orang awam buat pertama kali

Diterbitkan: Isnin, 10 September 2018 4:50 PM

Makam Mehu di Mehu Saqqara di Mesir. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MESIR membuka lawatan orang awam ke sebuah makam berusia 4,000 tahun di Saqqara dekat Giza buat pertama kali.

Langkah yang dibuat pada Sabtu lalu itu merupakan sebahagian daripada promosi pelancongan selepas negara itu menyaksikan penurunan bilangan pelancong.

Kesuraman sektor pelancongan itu berikutan pergolatakan politik pada 2011 dan pesawat Rusia terhempas di Mesir pada 2015.

Makan yang ditemui oleh ahli sains Mesir, Zakid Saad pada 1940. 

Seorang pelancong melalui makam Mehu yang mula dibuka kepada orang ramai buat pertama kali. Foto Reuters

Ia merupakan makam seorang indidu yang berkedudukan tinggi di Mesir bernama Mehu yang mempunyai kaitan dengan raja yang pertama bagi dinasti keenam.

Makam tersebut termasuk dua kamar, dan turut memaparkan lukisan yang menunjukkan aspek kehidupan Mesir Kuno seperti memburu dan tarian akrobatik.

Mehu hidup semasa pemerintahan Raja Pepi dan mempunyai 48 gelaran, dengan inskripsi ditemui pada dinding kamarnya.

Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Al-Waziri berkata: "Ia merupakan makam berusia 4,500 tahun dari dinasti keenam. - Mirror Online UK

Tags / Kata Kunci: Mehu , makam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan