Tak puas tengok majlis kahwin diraja, anda boleh lihat gaun Meghan secara dekat! - Berita Dunia | mStar

Tak puas tengok majlis kahwin diraja, anda boleh lihat gaun Meghan secara dekat!

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2018 12:59 PM

Putera Harry dan Meghan berkahwin pada 19 Mei lalu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

BUAT peminat Duke dan Duchess of Sussex yang sentiasa mengikuti pasangan itu sejak perkahwinan mereka pada Mei lalu, tidak lama lagi dapat melihat busana pengantin mereka secara dekat.

Berlian dan tiara platinum Ratu Marry pada 1932, yang dipinjamkan kepada Meghan Markle oleh Ratu Elizabeth pada majlis perkahwinan, juga akan dipaparkan kepada umum buat pertama kali.

Gaun Givenchy yang dipakai Meghan, rekaan seorang pereka Britain, Claire Waight Keller, bakal menjadi salah satu busana yang dipamerkan pada pameran 'A Royal Wedding: The Duke And Duchess Of Sussex' (Perkahwinan Diraja: Duke dan Duchess of Sussex).

Pencinta fesyen dan pengikut setia diraja juga dapat melihat perincian gaun sutera, yang dengan bentuk kolar yang menarik.

Busana pengantin Meghan. Foto PA

Vel sepanjang lima meter, dengan sulaman 53 bunga melambangkan negara-negara Komanwel turut akan dipamerkan.

Selain busana pengantin Meghan, salinan pakaian Putera Harry semasa majlis perkahwinan pasangan diraja itu juga akan dipaparkan.

Duke of Sussex itu meminjamkan replika sut berkenaan kepada Amanah Koleksi Diraja, tetapi menyimpan busana yang asli kerana ia masih 'diperlukan untuk kegunaan'.

Putera Harry dan Meghan melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang di Istana Windsor di Windsor, United Kingdom pada 19 Mei lalu. 

Pameran itu akan berlangsung di Istana Windsor dari Oktober 26 2018 sehingga Januari 2019, dan di Istana Holyrood di Edinburgh dari 14 Jun 2019 sehingga 6 Oktober 2019. - Mirror Online UK

Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , Putera Harry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan