Dapat gelaran 'pengantin paling cantik' kerana tinggalkan suami selamat mangsa kemalangan - Berita Dunia | mStar

Dapat gelaran 'pengantin paling cantik' kerana tinggalkan suami selamat mangsa kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2018 8:50 AM

-foto SCMP

(Ubah saiz teks)

SEORANG pengantin perempuan tidak menghiraukan pasangannya apabila bertindak melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) terhadap mangsa kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian di utara China, Xie Dan sedang mengambil gambar perkahwinan dengan pasangannya di Wafangdian, wilayah Liaoning pada pagi Sabtu.

Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita jatuh dari sebuah kenderaan.

Orang ramai yang lalu-lalang terkejut apabila Xie Dan yang memakai gaun perkahwinan segera berlari ke arah wanita itu dan cuba menyelamatkannya, lapor Peninsula Morning News, Isnin.

Polis tempatan berkata, mangsa kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.

Polis mengesahkan wanita itu tercampak dari kenderaan tiga roda yang berlanggar dengan kereta lain.

Tidak jelas sama ada wanita itu, yang berumur 70-an adalah seorang penumpang atau pemandu.

Di Weibo, ramai memuji Xie Dan dan menggelarkannya sebagai 'pengantin baru paling cantik di Wafangdian' dan menyatakan bahawa suaminya adalah lelaki yang sangat bertuah.

"Sudah jadi tugas saya," Xie Dan yang berkerja sebagai seorang jururawat di Hospital Perubatan Tradisional Cina Wafangdian dipetik sebagai berkata.

Xie Dan dan suaminya adalah antara ribuan pasangan bahagia di negara itu yang berkahwin pada Sabtu, sehari selepas Hari Valentine Cina. -SouthChinaMorningPost

Tags / Kata Kunci: pengantin perempuan , CPR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan