Remaja perempuan hilang selepas kenal dengan lelaki menerusi 'chat' - Berita Dunia | mStar

Remaja perempuan hilang selepas kenal dengan lelaki menerusi 'chat'

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2018 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

KEHILANGAN remaja perempuan berusia 15 tahun terjawab apabila polis menemuinya di sebuah rumah separuh siap di Soi Sangkhom Songkhro 10, Bangkok.

Penemuan itu juga membawa kepada penamgkapan seorang lelaki Karakot Kampipat kerana melindungi remaja tersebut tanpa kebenaran.

Kampipat,19, ditahan polis pada Sabtu selepas menerima laporan daripada ibu remaja itu pada 13 Ogos lalu.

Remaja itu didapati hilang selepas meninggalkan rumahnya di Lat Phrao untuk bertemu kawannya bagi menyiapkan kerja sekolah.

Ibu bapa remaja itu merayu bantuan di laman sosial untuk mencari anaknya yang hilang.

Polis percaya remaja itu lari bersama lelaki seornag lelaki yang baharu dikenali dua minggu sebelum ini menerusi sebuah aplikasi sembang sosial.

Dalam masa sama, pihak polis menyeru kepada semua ibu bapa sepaya memantau aktiviti sembang anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang jenayah melibatkan hubungan di atas talian (online). - The Nation/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Remaja perempuan , hilang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan