Potong kepala beruang selamatkan kaki mangsa serangan - Berita Dunia | mStar

Potong kepala beruang selamatkan kaki mangsa serangan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

BERDEPAN saat mencemaskan diserang beruang, namun sempat menarik picu ke arah haiwan itu tetap gagal melepaskan cengkaman gigitan pada kaki Bridger Petrini.

Bagi menyelamatkan mangsa, kepala beruang yang beratnya mencecah 180 kilogram itu terpaksa dipotong.

Kejadian berlaku di kawasan perhutanan Raton, New Mexico bulan lalu apabila lelaki berusia 36 itu terserempak dengan beruang berkenaan.

Usaha 'membebaskan' kaki Petrini nyata sukar dilakukan pasukan kecemasan dari Jabatan Bomba Raton.

Selepas memikirkan pelbagai cara, akhirnya gergaji digunakan untuk memotong kepala beruang itu sebelum ia ditanggalkan daripada kaki mangsa.

Petrini kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti New Mexico dan menerima lebih 200 jahitan pada kakinya.

Pegawai perubatan hospital berkenaan, Steve McLaughlin berkata, pihaknya sering merawat luka akibat diserang beruang tetapi kecederaan yang dialami Petrini sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak pernah melihat luka seperti ini," katanya.

Hanya selepas dirawat seminggu kerana kerosakan teruk pada saraf dan tisu kaki kanannya di hospital itu barulah Petrini dibenarkan pulang.-DailyMail


Tags / Kata Kunci: Raton , beruang , Petrini
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan