Bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan meninggal dunia - Berita Dunia | mStar

Bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan meninggal dunia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2018 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan meninggal pada usia 80 tahun selepas mengadu sakit.

Berita sedih kematian Annan itu diumumkan oleh keluarganya dan Yayasan Kofi Annan menerusi laman Twitter.


Pemenang Nobel Keamanan 2001 itu meninggal dunia di Geneva, Switzerland awal pagi Sabtu disamping isteri, Nane dan tiga orang anaknya Ama, Kojo dan Nina.

Annan merupakan rakyat kulit hitam Afrika pertama yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB di antara tahun 1997 dan 2006.- Dailymail

Tags / Kata Kunci: Kofi Annan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan