Taufan Bebinca badai Vietnam - Berita Dunia | mStar

Taufan Bebinca badai Vietnam

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2018 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Taufan Bebinca, ribut keempat yang melanda Vietnam tahun ini mencetuskan hujan lebat di beberapa kawasan sejak Khamis, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan, lapor agensi berita Vitenam (VNA).

Kawasan utara dan tengah mengalami curahan hujan (50 hingga 150milimeter) sejak petang Khamis, mengundang risiko banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan pergunungan, terutamanya Lai Chau, Son La, Hoa Binh, Yen Bai, Phu tho, Thanh Hoa dan Nghe An.

Amaran kemungkinan banjir turut dikeluarkan di kawasan rendah dan bandar di Delta Sungai Merah serta utara wilayah Thanh Hoa dan Nghe An.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Trinh Dinh Dung melawat wilayah Thanh Hoa dan operasi di pusat tadahan hujan di Cua Dat bagi meninjau persediaan menghadapi banjir .

Difahamkan semua 7,443 buah kapal dan 27,747 pekerja di dasar laut Thanh Hoa kini berada di kawasan perlindungan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Berbinca , Vietnam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan