Nelayan dakwa diculik ‘alien kulit kedut', diberi dadah sebelum fizikal diperiksa - Berita Dunia | mStar

Nelayan dakwa diculik ‘alien kulit kedut', diberi dadah sebelum fizikal diperiksa

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2018 7:30 AM

Lukisan ilustrasi UFO dan penumpangnya yang dilukis rakan Parker, Charlie Hickson yang turut mendawa dirinya diculik.

(Ubah saiz teks)

SEORANG nelayan berkata dia telah diculik oleh dua alien yang menaiki UFO, sebelum dia diberikan dadah dan pemeriksaan fizikal dilakukan terhadapnya.

Calvin Parker, 64, berkata dia dan rakannya Charles Hickson ditangkap oleh sebuah kapal berbentuk bola ragbi dengan ketinggian 80 kaki semasa memancing di Sungai Pascagoula di Mississippi, Amerika Syarikat.

Parker kini menulis sebuah buku tentang kisah penculikan itu yang berlaku pada Oktober 1973, yang mana ia melibatkan seekor alien kelabu tanpa leher dan kulit berkedut, dan satu lagi kelihatan lebih feminin.


Dia mendakwa makhluk luar angkasa itu mampu menentang graviti dan mengapung diri ketika menanggung dia dan Hickson, yang ketika itu sudah ‘dimatikan’ untuk pemeriksaan fizikal.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Parker berkata: “Satu cahaya besar keluar dari awan. Ia adalah cahaya yang sangat terang. Sukar untuk diungkapkan, tetapi ia kelihatan seperti bola ragbi.

“Saya hanya dapat katakan, hanya menganggarkan, ia adalah kira-kira 80 kaki tinggi. Tak banyak bunyi dapat didengar. Ia hanya bunyi bising.”

Parker berkata pertemuan dengan dua maklhluk asing itu menyebabkan dia ketakutan, sehinggalah satu masa dia mula relaks.

“Saya rasa mereka menyuntik kami dengan sesuatu untuk menenangkan kami.”

Selepas pemeriksaan, mereka berdua dikembalikan ke tebing sungai. Mereka terus menghubungi pejabat sheriff tempatan dan ujian pengesan pembohongan dijalankan ke atas mereka.


-foto AP

Hickson gembira dengan perhatian media yang meluas susulan dakwaan itu, tetapi Parker lebih malu dan cuba menjauhkan diri dari perhatian.

Menjelaskan mengapa dia memilih untuk bercakap selepas sekian lama, dia berkata: "Saya telah melalui hari-hari selama 45 tahun genap Oktober ini. Saya tidak pernah bercakap mengenainya atau mahu bercakap mengenainya.

“Saya tak ramai kawan, tetapi mereka kawan sejati. Mereka tidak pernah bertanya tentang hal itu dan saya tidak pernah bercakap mengenainya. Keluarga saya tidak pernah bercakap mengenainya.

“Saya rasa semua orang patut mendapat penjelasan. Setiap orang mempunyai tarikh tamat tempoh dan saya ingin menceritakan kisah ini sebelum saya mati.

“Saya mempunyai pengalaman nyaris mati dan kesihatan yang tidak baik sekarang. Saya hanya mahu melakukannya.

“Saya pergi memancing pada waktu malam dan melihat ke atas, tertanya-tanya dari mana mereka datang dan sejauh mana perjalanan mereka dan mengapa mereka perlu mendapatkan saya.”-MetroUK

Tags / Kata Kunci: alien , UFO , culik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan