Juruterbang disaman, terang-terangan siar gambar seksual pramugari - Berita Dunia | mStar

Juruterbang disaman, terang-terangan siar gambar seksual pramugari

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG atendan penerbangan United Airlines menuduh syarikat penerbangan itu gagal melindungi dirinya daripada penyebaran gambar-gambar seksual yang sangat jelas oleh seorang juruterbang yang bertindak menyiarkannya dalam talian, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah persekutuan San Antonio, Texas.

Tuntutan itu yang difailkan oleh Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (EEOC) berkata syarikat itu gagal mencegah dan membetulkan tingkah laku juruterbang itu, walaupun selepas petugas penerbangan membuat banyak aduan.

United dalam satu kenyataan yang diemail berkata pihaknya telah mengkaji tuduhan dalam aduan tersebut dan tidak bersetuju dengan deskripsi EEOC tentang situasi ini, tanpa memberikan keterangan lanjut.

"United tidak bertolak ansur dengan gangguan seksual di tempat kerja dan akan bersungguh-sungguh mempertahankan kes ini," kata jurucakapnya, Erin Benson dalam kenyataan itu.

Benson berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi komen lanjut. EEOC tidak dapat dihubungi untuk respons.

Juruterbang dan atendan penerbangan itu menjalinkan hubungan semasa bekerja dengan syarikat penerbangan itu.

Wanita itu memutuskan hubungan mereka selepas juruterbang itu didakwa enggan berhenti membuat posting yang mempunyai nama, pekerjaan dan lapangan terbang tempat dia bekerja, menurut tuntutan itu.

Berdasarkan aduan itu, satu postingnya memberitahu penumpang syarikat penerbangan untuk 'mencari dia ketika anda terbang!' kerana dia adalah 'sebab baharu untuk mereka 'terbang dalam persekitaran mesra udara,' merujuk kepada slogan pengiklanan United.

Posting-posting itu yang dibuat di pelbagai laman web, dilihat oleh rakan sekerja dan menjejaskan persekitaran kerja atendan penerbangan, menurut tuntutan mahkamah.

EEOC sedang menuntut ganti rugi untuk petugas penerbangan berkenaan dan meminta mahkamah memerintahkan United untuk menghapuskan dan mencegah gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut tuntutan mahkamah, juruterbang itu bersara pada 2016. United enggan mengulas. -Reuters

Tags / Kata Kunci: United Airlines , gambar seksual
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan