Takut terjun sungai, gadis patah tulang rusuk ditolak rakan - Berita Dunia | mStar

Takut terjun sungai, gadis patah tulang rusuk ditolak rakan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 8:30 AM

Paparan skrin video di Youtube

(Ubah saiz teks)

SEORANG gadis terjatuh ke dalam sungai pada ketinggian 60 kaki selepas ditolak dari sebuah jambatan oleh seorang rakannya dan insiden itu sempat dirakamkan.

Kejadian berlaku selepas gadis berusia 16 tahun itu mendedahkan kepada rakan-rakan lain bahawa dia terlalu takut untuk terjun ke Sungai Lewis di Yacolt, Washington.

Dalam video itu, dia dilihat hanya berdiri di atas tebing dan teragak-agak untuk melompat sebelum ditolak dari belakang, menyebabkan dia gagal mengimbangkan badannya.

Dia dilihat cuba untuk menghalang dirinya daripada jatuh, tetapi gagal.

Selepas diperiksa, gadis itu didapati patah lima tulang rusuk dan mengalami kecederaan paru-paru, tetapi ibunya, hanya dikenali sebagai Genelle, berkata anaknya itu bernasib baik kerana terselamat.

Dia memberitahu KATU 2: “Anak perempuan saya akan melalui proses yang panjang untuk pemulihan dan saya fikir rakannya sepatutnya tampil dan mengaku kesalahannya.

“Ini tidak baik. Dia mungkin boleh membuatkan anak saya terbunuh.”

Ketua Pemadam Kebakaran Clark County Ben Peeler sebelum ini berkata bahawa melompat dari tempat tinggi adalah salah dari segi undang-undang.

Dia menambah, terdapat batu berbahaya yang mana jika seseorang itu membuat terjunan dia mesti mendarat di tempat tertentu untuk mengelakkan kecederaan.

Jambatan itu dikatakan lebih tinggi daripada bangunan tiga tingkat. -metroUK

Tags / Kata Kunci: terjun , tulang rusuk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan