Bayi besar, berat lebih 5kg selamat dilahirkan - Berita Dunia | mStar

Bayi besar, berat lebih 5kg selamat dilahirkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 3:40 PM

-foto Unilad

(Ubah saiz teks)

MANA-mana wanita yang melahirkan bayi akan dianggap hebat dan sangat dikagumi.

Berat badan seorang bayi baru lahir adalah antara 2.5kg hingga 4.5kg.

Bagaimanapun Carmen Trinice, dari Atlanta, melahirkan bayi lelaki dengan berat lebih 5kg pada 27 Julai.

Bayi yang diberi nama Dwayne Michael Canada ini adalah anak bongsu dari tujuh adik-beradik.

Ketika 36 minggu tempoh kehamilan, Trinice yang berusia 25 tahun perlu melakukan imbasan ultrasound kerana perutnya nampak 'terlalu besar'.

Trinice berkata dia tidak boleh berdiri lebih dari 20 minit, atau berjalan terlalu lama tanpa kesakitan.

"Berat badan saya naik kira-kira 22kg semasa mengandung tetapi banyak di bahagian perut," katanya.

-foto Unilad

Semasa kehamilannya, Trinice berkata dia makan banyak makanan dan semua orang melayannya dengan baik termasuk ibunya, kawan baik dan teman lelakinya.

Dia makan burger setiap hari dan selalu mengidam stik. Pada tengah malam dia teringin makan biskut Oreo.

Katanya, disebabkan terlalu dahaga dan minum banyak air, dia kerap ke tandas, hampir setiap jam, menyebabkannya sukar untuk tidur.

Dia dijadualkan menjalani pembedahan pada 1.15 tengah hari dan diberikan epidural pada jam 12.45 tengah hari, tetapi disebabkan kekurangan bilik hospital, dia terpaksa melahirkan bayi pada 2.20 petang dengan berat 11lbs 15oz (lebih 5kg).

Bercerita tentang kelahiran Dwayne, Trinice berkata: "Perut saya rasa macam terbakar dan saya dapat rasa dia ditarik keluar.

"Dia keluar betul-betul dengan berat 11lbs 5oz.

"Proses pemulihan agak sukar untuk diri saya. Antara bekas luka dan kaki yang bengkak, saya mempunyai anak enam tahun untuk bersiap ke sekolah," katanya.

-foto Unilad

Disebabkan Dwayne begitu besar, dia memerlukan banyak susu, jadi Trinice memilih untuk tidak menyusukannya kerana ia akan mengambil masa yang lama.

Dalam masa 24 jam Dwayne minum 5 hingga 10ml hingga 20-40ml susu.

Bercakap tentang Dwayne yang popular di internet, dia berkata: "Saya benar-benar tidak mengharapkan ia viral, semua kawan saya terkejut tengok.

"Ada ibu dari Texas hingga England ucap tahniah, tanya tentang kelahiran atau tanya apa yang saya makan.

"Saya terharu bila minggu pertama kehidupannya, dia sudah dikenali di dunia."

Kawan Trinice memaparkan foto Dwayne di Facebook yang menerima 52,000 perkongsian. Netizen terkejut dengan saiznya yang besar dan rambutnya yang lebat.

Tags / Kata Kunci: bayi besar , 5kg
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan