Peserta transgender calon Miss Universe 2018 - Berita Dunia | mStar

Peserta transgender calon Miss Universe 2018

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2018 10:40 AM

Angela Ponce, satu-satunya peserta transgender yang mewakili Sepanyol dalam pertandingan Miss Universe 2018.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Selepas sekumpulan remaja dan jurulatih bola sepak terperangkap dalam sebuah gua baru-baru ini, negara Thailand sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila ia bakal menjadi tuan rumah pertandingan Ratu Cantik Miss Universe 2018.

Lebih mengejutkan, ia bakal menampilkan peserta transgender pertama setelah tujuh dekad acara itu diperkenalkan.

Ia berikutan perubahan dasar oleh Organisasi Miss Universe pada 2012 yang mula membenarkan penyertaan golongan itu.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada setiap negara sama ada mahu menghantar wakil transgender atau tidak.

Namun, Sepanyol menjadi negara pertama menghantar wakil LGBT iaitu Angela Ponce yang akan bersaing dengan peserta wanita lain di Bangkok, Disember depan.

Berbalik kepada Thailand, negara itu tidak menghantar wakil transgender biarpun ia sinonim dengan golongan LGBT.

Selain edisi ke 67 yang bakal berlangsung pada Disember ini, Thailand juga pernah menjadi tuan rumah pada 1992 dan 2005.

"Pertandingan Miss Universe datang ke Thailand setiap 13 tahun, mungkin 13 adalah angka bertuah," ujar Puala Mary Shugart, presiden Organisasi Miss Universe.

Dia berkata demikian dalam sidang media di Bangkok dan mengumumkan acara itu akan dianjurkan pada 17 Disember depan. - The Nation/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Miss Universe 2018 , Thailand
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan