14 cedera, dua maut dalam insiden tembakan di kawasan kejiranan - Berita Dunia | mStar

14 cedera, dua maut dalam insiden tembakan di kawasan kejiranan

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2018 3:11 PM

Polis berada di lokasi kejadian tembakan yang berlaku di Toronto pada Ahad malam. - Reuters

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita maut dan 13 lagi cedera dalam insiden tembakan di Toronto, Kanada pada Ahad malam.

Ketua polis Mark Saunder berkata, suspek turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Mangsa insiden itu dirawat dan keadaan mereka masih belum diketahui.

Namun, seorang mangsa iaitu remaja perempuan berada dalam keadaan kritikal.

Saunder. - The Canadian Press

Kejadian menggemparkan itu berlaku di kawasan kejiranan Greektown Toronto sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.

Setakat ini, motif suspek berbuat demikian masih belum diketahui dan pihak polis akan menyiasat sebarang kemungkinan termasuk faktor keganasan.

Datuk Bandar Toronto John Tory menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang kesimpulan dan membiarkan pihak polis menjalankan siasatan.

Orang awam diiringi keluar dari lokasi kejadian. - The Canadian Press

Suspek yang menggunakan pistol itu mati akibat ditembak, bagaimanapun masih belum jelas sama ada ia disebabkan oleh perbuatannya sendiri atau berpunca daripada kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis.

Seorang saksi yang berdiri berhampiran insiden itu memberitahu CTV bahawa dia terdengar hampir 20 tembakan dilepaskan dan bunyi bahan api itu diisi dengan peluru beberapa kali.

"Saya lihat sekurang-kurangnya empat orang ditembak," kata saksi berkenaan.

Beberapa saksi dibawa menaiki bas ke beberapa pejabat polis untuk keterangan mereka dirakamkan, kata Sarjan Polis Toronto Glenn Russell kepada CNN.

Tags / Kata Kunci: insiden tembakan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan