Tak tahan setiap pagi dengar bunyi seks, jiran beri pengajaran! - Berita Dunia | mStar

Tak tahan setiap pagi dengar bunyi seks, jiran beri pengajaran!

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita yang tidak tahan dengan jirannya yang sering mengejutkannya setiap pagi dengan 'bunyi seks' memutuskan berkongsi bunyi itu dengan seluruh dunia di Facebook.

Ternyata perkongsiannya itu tular!

"Kamu, dia dan keresahan saya," demikian tajuk posting yang ditulis pengguna Facebook Mukjariya Chuaynoi, Isnin.

Postingnya itu kini telah dikongsi lebih dari 13,000 kali.

"Setiap pagi. Dah berterusan selama sebulan. Bunyinya sangat kuat dan kadang kala saya terbangun sebelum penggera berbunyi," tulis Mukjariya.

Dalam salah satu daripada tiga klip yang dimuat naik, Mukjariya berjalan dan turun tangga ke lobi apartmen, namun bunyi itu masih boleh didengari dari bawah.

"Mereka macam mahu menunjuk-nunjuk. Haha," katanya.

Wanita yang dilaporkan tinggal di wilayah Surat Thani itu memberitahu Amarin TV bahawa dia mahu menghantar satu mesej kepada penyewa apartmen lain supaya jangan bising sehingga mengganggu jiran lain.

Walaupun Mukjariya berkata dia berkongsi video itu untuk tujuan suka-suka, dia tetap berharap jirannya melihat rakaman tular itu dan mereka akan mula memperlahankan bunyi yang tidak suka didengarinya itu.

Tags / Kata Kunci: seks , jiran
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan