Padah raba punggung - Berita Dunia | mStar

Padah raba punggung

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 8:30 AM

Rakaman CCTV menunjukkan seorang pelanggan bertindak meraba punggung seorang pekerja restoran. Foto News Dog Media

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN seorang pelanggan yang meraba punggung seorang pelayan di sebuah restoran piza menerima padah apabila mangsa memberikan 'serangan balas' bagi mengajar kelakuan melampaunya.

Pekerja berusia 21 tahun itu menarik lelaki yang mencabulnya, sehingga terduduk di kerusi.

Ketika kejadian yang berlaku di Savannah, Georgia di Amerika Syarikat, Emelia Holden sedang memeriksa menu apabila seorang lelaki berjalan di belakangnya sebelum meraba punggungnya.

Emelia berkata: "Apa yang saya buat adalah apa yang saya rasakan terbaik. Saya tarik lelaki itu sampai terduduk, dan rakan sekerja saya menghubungi polis.

Emelia menarik lelaki yang meraba punggungnya. Foto News Dog Media

"Sebaik sahaja polis melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup), mereka terus menahan lelaki tersebut.

"Biar dia masuk lokap, itu yang selayaknya untuk dia.

"Berdasarkan pengalaman saya ini untuk wanita tahu tidak mengapa untuk mempertahankan diri sendiri," katanya.

"Anda berhak untuk memakai apa yang anda mahu, dan anda sudah tentu mempunyai hak untuk mempertahankan diri anda," tambahnya. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: punggung , raba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan