24 tahun tak cukup, pendakwa Korea Selatan mahu bekas presiden dipenjara 30 tahun - Berita Dunia | mStar

24 tahun tak cukup, pendakwa Korea Selatan mahu bekas presiden dipenjara 30 tahun

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 4:12 PM

Gambar fail Park Geun-hye di mahkamah di Seoul yang dirakamkan pada 25 Ogos 2017. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Pendakwa Korea Selatan meminta mahkamah rayuan Seoul untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun terhadap bekas presiden Park Geun-hye, kerana pelbagai kesalahan rasuah yang turut menyaksikan penyingkirannya.

Pada 6 April, beliau dijatuhi hukuman 24 tahun penjara oleh mahkamah, tetapi pendakwa mengemukakan permohonan supaya hukuman ditambah kepada 30 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Pendakwa turut meminta mahkamah mengenakan denda sebanyak 118.5 bilion won (AS$104 juta).

Mahkamah rendah mengarahkan denda sebanyak 18 bilion won (ASS$16 juta).

Park dituduh bersubahat dengan rakan lama, Choi Soon-sil, untuk memaksa konglomerat besar, termasuk Samsung Group, menderma 77.4 bilion won (US$68.2 juta) kepada dua yayasan bukan berasaskan keuntungan yang dikendalikan Choi.

Bekas presiden itu juga didakwa mengambil rasuah bernilai 43.3 bilion won (AS$38.2 juta) daripada Naib Pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-yong, sebagai pertukaran untuk membantu mereka mewarisi kawalan pengurusan dari bapanya, pengerusi Lee Kun-hee.

Park tidak hadir ke perbicaraan mahkamah sejak Oktober tahun lepas, kerana mendakwa kesnya adalah bermotifkan politik.

Keputusan mahkamah rayuan dijadual pada 24 Ogos. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Park Geun-hye , rasuah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan