10 pelajar sekolah rogol kanak-kanak sehingga pengsan - Berita Dunia | mStar

10 pelajar sekolah rogol kanak-kanak sehingga pengsan

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 12:40 PM

Pihak polis memburu sembilan lagi suspek yang terlibat dalam kejadian rogol seorang kanak-kanak perempuan di timur laut India. - File Picture

(Ubah saiz teks)

SEPULUH pelajar sekolah merogol seorang budak perempuan lingkungan 10 tahun sehingga mangsa pengsan dalam kejadian serangan seks tragis di India.

Mangsa yang bersekolah di sekolah kerajaan diserang ketika dalam perjalanan pulang di daerah Champaran Barat di Bihar yang terletak di timur laut India.

Polis berkata, mangsa ditarik ke tempat tersorok sebelum diheret ke ladang tebu dan dirogol beramai-ramai oleh 10 lelaki sehingga tidak sedarkan diri.

Mangsa juga diberikan amaran sekiranya dia berani melaporkan tentang insiden itu kepada pihak berkuasa.

Namun, apabila mangsa enggan ke sekolah, ibu bapanya cuba bertanya sehingga membuatkan mangsa memberitahu tentang serangan tersebut.

Memetik laporan Gulf News, ibu dan bapanya melaporkan perkara itu kepada polis dan setakat ini seorang suspek sudah ditahan, sementara yang lain masih diburu.

Polis tempatan, Arvind Kumar Gupta berkata: "Insiden ini sangat serius dan menyedihkan.

"Kami sedang menyiasat kes tersebut. Semua yang terlibat dengan jenayah ini akan ditahan."

India memiliki rekod keganasan seksual yang membimbangkan iaitu sekitar 40,000 kes dilaporkan di seluruh negara pada 2016.

Tags / Kata Kunci: rogol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan