Model selamba catwalk sambil menyusu bayi - Berita Dunia | mStar

Model selamba catwalk sambil menyusu bayi

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

MIAMI: Tindakan seorang model menyusukan bayinya sambil berjalan di pentas peragaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengunjung acara itu yang berlangsung di Miami.

Mara Martin turut mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated pada Ahad lalu.

"Saya seperti tidak percaya kerana menjadi tajuk utama berita hanya kerana melakukan perkara yang saya buat setiap hari," katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Kebanyakan pengguna media sosial bagaimanapun memuji tindakan model itu yang dianggap memberi inspirasi malah ada yang mendakwa dia sengaja mahu mencari perhatian.

Difahamkan, Martin adalah salah seorang daripada finalis yang dipilih untuk menyertai acara pembukaan itu.

Dia tampil di pentas dengan memakai bikini berwarna keemasan sambil menyusukan Aria.

Bayi perempuan itu turut dipakaikan fon kepala untuk melindunginya daripada bunyi bising muzik dan orang ramai.

"Cerita saya hanya menjadi seorang ibu, menyusukannya sambil bekerja (catwalk)," ujarnya selepas mendapat pelbagai respons. - BBC

Tags / Kata Kunci: Mara Martin , Aria
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan