Takut bini, suami 'rasuah' pekerja kedai telefon - Berita Dunia | mStar

Takut bini, suami 'rasuah' pekerja kedai telefon

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA anda seorang wanita dan suatu hari anda rasa diri anda mungkin ditipu oleh pasangan, sila imbas cara licik lelaki ini!

Mungkin bimbang rahsianya diketahui oleh si isteri, seorang suami di Singapura menghantar telefon bimbitnya ke kedai membaiki telefon bersama nota kecil dan rasuah!

Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh pekerja di kedai tersebut, selain nota, terdapat dua keping wang kertas S$50 tersembunyi di dalam telefonnya.

"Bro, tolong jangan baikinya, isteri saya nak periksa, ini adalah hadiah kecil saya!!!," tulisnya di atas kertas kecil.

Posting di Facebook ini yang dimuat naik semalam oleh seseorang mungkin bekerja di Gadgets Connection, Singapura, kedai yang dilaporkan menerima telefon ini untuk dibaiki, segera tular dengan netizen berasa lucu dengan lelaki itu yang takut dengan isterinya.

Bagaimanapun, selepas gambar itu tular, ramai yang tertanya-tanya adakah isteri kepada lelaki itu melihatnya dan mengenali tulisan tangan tersebut?

Bagi si suami pula, adakah dia kini menyesal mempercayai orang asing sepenuhnya?

Namun, sudah menjadi lumrah dalam talian apabila pengguna sering sinis dan mahu jadi pengkritik.

Beberapa netizen menyatakan rasa curiga terhadap kad perniagaan kedai itu yang tertera dalam gambar, mendakwa ini adalah salah satu teknik pemasaran yang licik oleh peniaga. -coconuts

Tags / Kata Kunci: takut bini , telefon bimbit
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan