Permintaan terakhir Thomas kepada Meghan, Harry - Berita Dunia | mStar

Permintaan terakhir Thomas kepada Meghan, Harry

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2018 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada Meghan Markle merayu kepada anak perempuannya itu supaya menziarahinya kerana bimbang dia akan meninggal dunia dalam masa terdekat.

Thomas Markle dikhabarkan patah hati dengan sikap Meghan yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berkahwin dengan Putera Harry.

Bapa kepada Duchess of Sussex itu percaya dia tidak lagi berpeluang bertemu dengan Meghan selepas ini.

Thomas yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-74nya minggu depan menyuarakan kebimbangan mengenai jangka hayatnya selepas menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

"Saya diserang sakit jantung, adakah ada sesiapa peduli? Saya boleh mati pada bila-bila masa sahaja.

Tinggal kenangan... Meghan semasa bersama bapanya.

"Adakah dia mahu perkara ini menjadi yang terakhir diperkatakan antara satu sama lain?," soal Thomas.

Thomas mendakwa Meghan sudah tidak lagi menjawab panggilannya dan kakitangan di Istana Kensington juga tidak menjawab mesej yang dihantarnya.

Bapa Meghan tidak menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya itu kerana mengalami serangan jantung pada Mei lalu.

Thomas memberitahu rakannya bahawa dia sudah lama tidak bercakap dengan Meghan dan Harry.

"Saya tidak fikir mereka akan datang ke Mexico. Saya beritahu dia supaya tidak datang dan melawat saya di hospital. Saya fikir hubungan kami sudah putus sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Thomas Markle , Meghan Markle
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan