Nawaz Sharif ditahan, akan dipenjara kerana rasuah - Berita Dunia | mStar

Nawaz Sharif ditahan, akan dipenjara kerana rasuah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

LAHORE: Sebaik pesawat membawanya mendarat di sini, bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan dan bakal menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan rasuah.

Ketika ditahan, beliau bersama anak perempuannya, Maryam pulang dari London.

Menurut kenyataan pentadbir di Islamabad, Sharif dan Maryam ditahan serta merta oleh pihak berkuasa sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Mereka mendarat di Lahore dan terus dibawa ke ibu negara, kata kenyataan itu lagi.

Sharif yang mendakwa menjadi sasaran kerajaan baru kini sedang berjuang untuk saki baki kerjaya politiknya selepas kejatuhan parti Liga Muslim-Nawaz (PML-N) pada minggu terakhir kempen, menjelang pilihan raya 25 Julai nanti.

Hampir 15,000 penyokong beliau menyanyi dan menari di Mall, iaitu laluan utama di Lahore bagi menyambut kepulangan Sharif dari London.

Lahore ialah ibu negeri wilayah Punjab yang juga kawasan paling padat penduduk di Pakistan dan kubu kuat PML-N. -AFP






Tags / Kata Kunci: Nawaz , Maryam , Lahore
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan