Zsa Zsa 'pergi' selepas dinobat Anjing Paling Hodoh - Berita Dunia | mStar

Zsa Zsa 'pergi' selepas dinobat Anjing Paling Hodoh

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

ZSA Zsa, yang dinobatkan sebagai Anjing Paling Hodoh di dunia meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas dianugerahkan gelaran itu.

Pemiliknya, Megan Brainard dari Mannesota memuatnaik berita sedih itu di laman Facebook rasmi Zsa Zsa.

Baka bulldog Inggeris dengan lidah yang panjang itu memenangi pertandingan yang diadakan Jun lalu.

Berusia sembilan tahun, Zsa Zsa meninggal dunia ketika tidur.

Kebelakangan ini, Zsa Zsa menghabiskan masa bersama Brainard berjalan-jalan dan turut bersiaran di beberapa stesen televisyen.

Kemenangan Zsa Zsa sebagai anjing terhodoh dunia menerusi acaa di San Francisco telah mendapat liputan meluas dan kini berita kematiannya juga menjadi tajuk utama.


Tags / Kata Kunci: Zsa Zsa , Brainard
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan