Bekas pemain Arsenal kini gelandangan ditahan - Berita Dunia | mStar

Bekas pemain Arsenal kini gelandangan ditahan

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Arsenal, Emmanuel Eboue ditahan atas dakwaan memulakan kebakaran di Enfield, utara London.

Menerusi kenyataan pihak polis, mereka menahan Eboue yang melakukan perbuatan itu di kawasan perumahan di Gledbeck Way, Enfield, pada 30 Jun lalu.

"Kami menahan seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran dan bertindak melakukan provokasi di lokasi itu sekitar pukul 5 petang pada hari berkenaan," ujar polis Scotland Yard.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini pernah menyuarakan kesusahannya setelah bersara dari arena bola sepak.

Dia secara terbuka mengakui mengalami tekanan perasaan dan telah ditinggalkan oleh isterinya sehingga menjadi gelandangan.

Sementara itu, Eboue yang juga bekas pemain Ivory Coast International bagaimanapun telah dibebaskan dari dakwaan itu.

Menurut satu sumber, dia sudah dijamin dan tiada tindakan akan diambil atas kesalahan berkenaan. - Metro.UK.
Tags / Kata Kunci: Eboue , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan