Cuaca buruk Jepun ragut 100 nyawa - Berita Dunia | mStar

Cuaca buruk Jepun ragut 100 nyawa

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

SAKA: Jumlah kematian akibat cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan di Jepun telah meningkat kepada 100 orang, setakat ini.

Jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga memaklumkan 87 individu disahkan terkorban manakala 13 lagi tidak menunjukkan tanda masih hidup.

"Lebih 12 masih hilang beberapa hari selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh," jelasnya.

Perdana Menteri, Shinzo Abe dalam satu kenyataan berkata, masa semakin suntuk untuk menyelamatkan mangsa banjir yang sebahagian daripadanya telah menghantar mesej terdesak meminta bantuan perkhidmatan kecemasan.



Di beberapa perkampungan di tengah dan barat Jepun, penduduk yang terperangkap terpaksa berlindung di atas bumbung rumah mereka berikutan paras air banjir terus meningkat.

Sejak minggu lalu, lebih dua juta telah diarah berpindah.

Agensi meteorologi turut mengeluarkan amaran baharu, semalam dan menarik balik tahap amaran di beberapa kawasan lain di mana hujan mula reda. 


Tags / Kata Kunci: Saka , Abe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan