Jesse Lingard terima kejutan selepas England menang - Berita Dunia | mStar

Jesse Lingard terima kejutan selepas England menang

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2018 10:01 AM

Jesse Lingard. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PEMAIN England, Jesse Lingard menerima kejutan daripada ibunya semasa detik kemenangan pasukan itu yang menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Sweden.

Lingard yang juga pemain tengah Manchester United sebelum ini memuat naik gambar dirinya memegang telefon selepas kemenangan ke atas Colombia, dengan keterangan: "Tidak, ibu. Saya tidak pulang ke rumah. Ia..."

Status yang dimuat naik di Twitter jelas menunjukkan keyakinan England berdepan dengan Sweden.

Lingard kemudian memuat naik status terbaru dengan video pendek menunjukkan beliau memeluk ibunya selepas kemenangan 2-0 pada Sabtu.

Menurut keterangan itu, Lingard berkata: "Kerana saya beritahu kami tidak pulang ke rumah, jadi dia datang ke sini. Sayang ibu." - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Jesse Lingard
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan