Mayat penceroboh berterabur selepas dibaham singa - Berita Dunia | mStar

Mayat penceroboh berterabur selepas dibaham singa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

SEKURANG-KURANGNYA dua individu yang menceroboh sebuah kawasan rizab di Sibuya Game Reserve maut dibaham singa pada minggu ini.

Insiden itu didedahkan oleh pemilik kawasan rizab tersebut, Nick Fox selepas menjumpai mayat manusia di kem singa miliknya.

Selaras senapang, pistol, kapak dan pemotong wayar dijumpai oleh pihak polis di lokasi kejadian.

Fox mengesyaki lebih seorang individu diserang oleh singa tersebut, berdasarkan bukti yang dijumpai di kawasan berkenaan.

"Melihat kepada kasut dan barangan yang ditemui, saya rasa mungkin ada dua atau tiga orang yang terbunuh.

"Mayat mereka berterabur, menjadikan siasatan sukar dilakukan," kata Fox.

Tambah Fox, dia mengagak penceroboh tersebut masuk ke kawasan rizab itu pada Ahad malam atau awal pagi Isnin.

Menurutnya, penemuan itu dilakukan selepas anjing unit anti pencerobohan mula menyalak ketika melakukan rondaan.

"Pada pagi Selasa, kami dikejutkan dengan tengkorak manusia yang dilihat berdekatan dengan singa tersebut.

"Saya turut serta menyiasat dengan unit anti pencerobohan tapi disebabkan ia terlalu bahaya untuk keluar kereta, kami tidak boleh memeriksa lokasi kejadian kerana singa-singa itu terlalu dekat.

"Apa yang kami lihat adalah senapang, makanan, roti, berterabur di mana-mana. Mayat manusia pun nampak dengan jelas," katanya. - Herald Dive

Tags / Kata Kunci: singa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan