Dalang serangan gas sarin Tokyo digantung - Berita Dunia | mStar

Dalang serangan gas sarin Tokyo digantung

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 9:26 AM

Shoko Asahara.

(Ubah saiz teks)

KETUA kultus Aum Shinrikyo, Shoko Asahara yang melakukan serangan cecair sarin terhadap penumpang di stesen kereta api bawah tanah pada 1995, akhirnya menjalani hukuman mati bersama beberapa pengikutnya.

Seramai 13 maut manakala beribu-rubu lagi cedera apabila anggota kultus itu membocorkan beg plastik berisi cecair sarin yang ditinggalkan di dalam kereta api bawah tanah.

Kesemua suspek kemudian turun di stesen berikutnya sebelum melarikan diri dengan seorang lagi rakan mereka yang sedia menunggu di dalam kereta.

Sebaik sahaya cecair sarin yang tidak berwarna dan berbau itu terdedah, ia kemudiannya meruap ke udara dan gasnya mula memberi kesan kepada penumpang yang tidak menyedari bahaya yang menanti mereka.

Kira-kira 13 maut dalam serangan gas sarin di kereta api bawah tanah di Tokyo.

Ribuan penumpang kemudian mula berasa pedih mata selain mengalami kesukaran untuk bernafas lalu bergegas keluar daripada kereta api sebaik ia tiba di stesen bawah tanah.

Meskipun kebanyakan mangsa serangan gas sarin itu kembali pulih, kebanyakan mangsa masih mengalami masalah penglihatan dan pernafasan walaupun selepas lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Kebanyakan individu yang terkorban didapati terdedah secara langsung dengan sarin apabila menyentuh bahan kimia itu semasa cuba membantu mangsa serangan.

Dilahirkan di Chizuo Matsumoto, Asahara, 63, telah dijatuhi hukuman mati selama hampir 14 tahun manakala 12 lagi pengikutnya masih menunggu hukuman itu dilaksanakan.

Asahara dan beberapa pengikutnya telah digantung pada Jumaat.

Dia dijatuhi hukuman mati pada 2004 kerana didakwa dan disabitkan dengan serangan gas sarin berkenaan serta lain-lain serangan pengganas dan pembunuhan.

Tags / Kata Kunci: gas sarin , Tokyo , Shoko Asahara
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan