Pancing undi dalam lopak air kumbahan - Berita Dunia | mStar

Pancing undi dalam lopak air kumbahan

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2018 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

KARACHI - PAKISTAN: Seorang calon pilihan raya Pakistan ada cara kreatif untuk memancing undi iaitu berendam dalam lopak air kumbahan di tengah kota.

Tindakan Ayaz Memom Motiwala pada Jumaat lalu mengejutkan orang ramai dan gambarnya berbaring dan melakukan pelbagai pose menarik di dalam lopak air, tular di seluruh negara.

Motiwala turut menyiarkan tindakannya menerusi Facebook Live, malah turut meminum air lopak tersebut.

Sinar Harian ketika memetik Indian Express melaporkan, lebih parah, apabila Motiwala turut mengibarkan bendera kebangsaan.

Bertanding sebagai calon bebas, Motiwala berasal dari kawasan NA-243 di Karachi.

"Ini cara saya untuk menyakinkan penduduk dan pengundi di kawasan saya, bahawa saya memahami penderitaan mereka berurusan dengan sistem kumbahan yang tidak bersih dan buruk.

"Kerajaan dan parti pembangkang tidak melakukan apa tindakan bagi mengatasi isu ini" katanya.

Bagaimanapun, netizen menganggap tindakan Motiwala hanyalah gimik semata-mata selain memperbodohkan dirinya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan