Sempena hari lahir ke-51, Yingluck kembali aktif di FB - Berita Dunia | mStar

Sempena hari lahir ke-51, Yingluck kembali aktif di FB

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra kembali aktif di laman Facebook sempena hari kelahirannya selepas hampir setahun menyepi.

Yingluck yang menjengah usia 51 pada Khamis memberitahu pengikutnya bahawa ia merupakan sambutan kelahirannya yang pertama sejak meninggalkan negara itu pada Ogos tahun lalu.

Dia mengambil peluang itu untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengikutnya yang menghantar ucapan serta hadiah.

"Semua persahabatan, kasih sayang, niat murni kamu, saya tak akan lupakan," tulis Yingluck.

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri yang juga abangnya, Thaksin Shinawatra kerana menganjurkan sambutan hari lahir untuknya.

Majlis sambutan itu berlangsung di London.

Posting Facebook itu merupakan yang pertama sejak 24 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Thaksin menerusi laman Instagram miliknya menulis mesej untuk adik bongsunya itu.

Dia turut berjanji untuk terus menjaga Yingluck sepanjang dia berada di luar negara.

Yingkuck sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana kegagalan dalam pelaksanaan skim subsidi beras di negara itu.

Dia bagaimanapun meloloskan diri dan lari ke luar negara.

Waran tahanan turut dikeluarkan kerana dia melarikan diri dari hukuman itu.-TheBangkokPost

Tags / Kata Kunci: Yingluck
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan