Pandu traktor 12 hari nak tengok Piala Dunia 2018 - Berita Dunia | mStar

Pandu traktor 12 hari nak tengok Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

KALININGRAD: Selepas meredah perjalanan hampir 2,000 kilometer, Beat Studer yang hanya memandu traktor tiba di sini bagi menyaksikan pasukan Switzerland menentang Serbia di temasya Piala Dunia Rusia 2018.

Traktor lama berwarna merah keluaran 1964 itu mengharungi perjalanan 12 hari bermula dari Lucerne.

Studer membawa harapan untuk menyaksikan Switzerland meraih kemenangan dalam pertembungan Kumpulan E.

Pemilik muzium traktor itu bukan sahaja melakukan pengembaraan itu demi minat terhadap bola sepak, malahan turut mengutip derma untuk kanak-kanak Switzerland.

Ditemani dua rakannya, Werner Zimmermann dan Josef Wyer, sebanyak 20,000 Swiss Francs (RM80,744) berjaya dikumpul.

"Kami tidak berdepan masalah menaiki traktor," kata Wyer yang memandu van sokongan dan mengendalikan urusan logistik manakala Studer dan Zimmermann memandu traktor selama enam jam setiap hari. - Reuters
Tags / Kata Kunci: Studer , Piala Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan