Bukan hanya Menara Eiffel ada di China - Berita Dunia | mStar

Bukan hanya Menara Eiffel ada di China

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

IA bukannya set penggambaran filem, sebaliknya ia sub bandar di China yang di ubahsuai umpama replika Menara Eiffel di Paris.

Terletak di bandar Hangzho, Tianducheng, replika popular di bandar romantik Paris kini dapat dilihat tersergam indah di China.

Bukan binaan menara itu sahaja, malahan bangunan klasik Haussmann dan taman Versailles juga menjadi tarikan.

Bangunan Haussmann yang menjadi kebanggaan Perancis juga dibina di China.

Replika Menara Eiffel yang dibina berdiri megah setinggi 108 meter, selain laluan terkenal Paris iaitu Champs-Elysees Avenue.

Juga dikenali sebagai Bandar Langit, Tianducheng dibangunkan sebagai kawasan perumahan sekitar 2007.

Reka bentuk pancutan air di taman Versailes yang terkenal di Paris juga ada di China.

Bagaimanapun ia bukan satu-satunya bandar yang meniru reka bentuk terkenal di negara lain. Bandar Suzhou juga meniru binaan Menara Jambatan London, selain itu bandar Thames juga ada di Shanghai.

Di luar Beijing fenomena sama turut membina Jackson Hole, Wyoming yang lengkap dengan koboi, gereja dan Route 66.

Tags / Kata Kunci: Menara Eiffel , Tianducheng
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan