Lamar kekasih, tak peduli aksi Piala Dunia sedang berlangsung - Berita Dunia | mStar

Lamar kekasih, tak peduli aksi Piala Dunia sedang berlangsung

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 9:03 AM

Detik seorang lelaki melamar teman wanitanya semasa perlawanan Piala Dunia antara Portugal dan Senegal sedang berlangsung. Foto Mirror UK

(Ubah saiz teks)

MUNGKIN menjadi 'mimpi ngeri' segelintir wanita dilamar di hadapan khalayak, tetapi wanita ini nampaknya begitu gembira apabila berdepan dengan perkara itu semasa menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung.

Rakaman video yang diperoleh oleh tt-creative.com itu menunjukkan detik seorang lelaki melamar teman wanitanya semasa perlawanan antara Poland dan Senegal di Rusia pada Selasa lalu.

Semasa perlawanan masih berlangsung, lelaki tersebut secara tiba-tiba duduk melutut di hadapan wanita berkenaan.

Pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas semua berpaling kepada mereka bagi menantikan jawapan balas wanita berkenaan.

Para penyokong di stadium menjerit melaungkan "Ya, ya, ya!" kepada wanita itu yang diajukan sebentuk cincin daripada teman lelakinya.

Wanita yang benar-benar terkejut dengan lamaran itu kemudiannya mengangkat kedua tangannya sebagai tanda setuju.

Dia kemudian berkata 'Ya' sebelum penonton berhampiran mencetuskan keriuhan bagi detik manis itu. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: lamar , Piala Dunia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan